"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang
mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk
mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan
lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh
ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi
setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin
terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an
terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu
shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid
merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan
Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki
terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai
orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang
yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah
menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang
yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang
tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi
dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan
istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila
kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap
waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi,
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat
manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Smoga bisa kita amalkan, Aamiin